lagu-lagu patriotik

Monday, 16 March 2015

TAJUK 7 - PERANAN AKHBAR DAN MAJALAH


PENGAJIAN MALAYSIA
PERANAN AKHBAR DAN MAJALAH

NAMA AHLI: AIZAD FIKRI BIN NAWAWI –   23DLS14F2063

MUHAMMAD NAIM SAFWAN BIN SAHARUDIN – 23DLS14F2003
MUHAMMAD IMRAN BIN MOKTAR - 23DLS14FF2065
MUHAMMAD SHAFIQ BIN AB RAHIM – 23DLS14F2047




SINOPSIS
DILIHAT DARI PERSPEKTIF SEJARAH MALAYSIA,PERANAN AKHBAR DAN MAJALAH MELAYU PADA TAHUN 1930-AN AKHBAR MELAYU MULA MENYUARAKAN ISU SOSIAL,KEDUDUKAN EKONOMI DAN POLITIK MELAYU.AKHBAR BERJAYA MENYEMAI SEMANGAT KEBANGSAAN DI KALANGAN MASYARAKAT MELAYU MELALU SERUAN-SERUAN AKHBAR ORANG MELAYU MENUBUHKAN PERSATUAN UNTUK MERINTIS PEGERAKAN LEBIH TERSUSUN. ANTARA PERANAN AKHBAR DALAM MEMBANGKITKAN SEMANGAT KEBANGSAAN IALAH MENGKRITIK DASAR BRITISH YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN ORANG MELAYU .MENYERU ORANG MELAYU BERSATU  DAN MENGHAPUSKAN SEMANGAT KENEGERIAN DENGAN MENUNTUT KEDUDUKAN YANG LEBIH BAIK DALAM BIDANG PENTADBIRAN,EKONOMI DAN PENDIDIKAN.





















ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENGHARGAAN

PENGENALAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

LATAR BELAKANG

AKHBAR DAN MAJALAH

1.PERANAN AKHBAR DAN MAJALAH

2.KEGIATAN PERSURATAN DI KALANGAN ORANG CINA DAN INDIA

3.KESEDARAN KEBANGSAAN MELALUI PENULISAN KREATIF

4.PENULISAN PUISI

5.PENULISAN NOVEL DAN CERPEN

PERSOALAN KAJIAN

METADOLOGI

LIMITASI KAJIAN

KEPENTINGAN KAJIAN

LAMPIRAN

RUMUSAN

BORANG SOAL SELIDIK
















PENGHARGAAN
Pada mulanya tugasan ini telah diberikan oleh pensyarah Pengajian Malaysia, Encik Rusdin, kami berasa agak ragu-ragu kerana kurang memahami kehendak soalan. Tetapi, selepas kami berjumpa dengan Encik Rusdin bagi memohon penjelasan daripadanya, beliau memutuskan untuk menjelaskan kesemuanya kepada semua pelajar di dalam kelas.Apabila Encik Rusdin masuk ke kelas kami, beliau telah menerangkan semua yang berkaitan dengan soalan tugasan. Sesi soal jawab juga turut berlangsung. Pada hari itu, semua persoalan kami telah terjawab. Setelah kami memahami apa kehendak soalan sebenarnya, kami mula mencari bahan-bahan yang berkaitan daripada pelbagai jenis sumber ilmiah terutama daripada buku dan internet. Hal ini dilakukan bagi memudahkan proses membuat tugasan ini nanti. Setelah mengumpul segala bahan rujukan yang diperlukan, kami mula membuat tugas untuk menyiapkan tugasan tersebut. Dalam proses menyiapkan tugasan, kami banyak berjumpa dan bertanya segala kemusykilan kepada Encik Rusdin. I nibagi mengelakkan segala kesilapan dalam tugasan ini. Encik Rusdin pula sentiasa memberikan panduan dan tidak lokek untuk membantu. Kadangkala, memang tidak dapat dinafikan bahawa kami berasa agak tertekan semasa menyiapkan tugasan ini kerana dalam masa yang sama kami seringkali memikirkan tugasan-tugasan lain yang tergendala.Walaubagaimanapun, segera sahaja kami kikiskan perasaan yang sebegitu. Setelah tugasan ini disiapkan, kami berasa amat lega kerana akhirnya usaha kami membuahkan hasilnya. Walaupun kami berpuas hati dengan hasil kerja kami sendiri belum tentu lagi Encik Rusdin akan berpuas hati dengannya. Walaubagaimanapun, kami amat berharap beliau akan berpuas hati dengan kerja yang telah dihasilkan ini.


  
PENGENALAN
   Sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an terdapat 80 buah akhbar dan majalah yang diterbitkan di Tanah Melayu. Antara akhbar dan majalah yang diterbitkan ialah Majlis, Warta Malaya, Idaran Zaman, al-Imam, Lembaga Malaya, Utusan Melayu, Majalah Guru dan Warta Negara






OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian ini saya dapat:
-Memahami pentingnya akhbar dan majalah
-Mengkaji faktor perkembangan akhbar dan majalah dahulu dan pada masa kini
-Mengkaji kesan perkembangan penyebaran akhbar dan majalah
-Mengkaji sumbangan majalah dan akhbar kepada perpaduan di malaysia
-Mengetahui isi dan mesej yang ingin di sampai kan





KAEDAH KAJIAN

KAEDAH TEMU RAMAH
MELALUI KAEDAH TEMU RAMAH, SAYA TELAH MENEMU BUAL PENSYARAH IAITU ENCIK RUSDIN IAITU PENSYARAH PENGAJIAN MALAYSIA SAYA UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT TENTANG KAJIAN INI.

KAEDAH LAWATAN DAN PEMERHATIAN
SAYA TELAH MELAWAT MUZIUM NEGARA UNTUK MELIHAT AKHBAR DAN MAJALAH YANG LAMA DI SIMPAN DI SITU. BANYAK MAKLUMAT YANG BERGUNA DAPAT DIPEROLEHI BERDASARKAN PEMERHATIAN SAYA DI SINI

KAEDAH ANALISIS DOKUMEN
SAYA JUGA TELAH MERUJUK DOKUMEN UNTUK MEMASTIKAN KESAHIHAN FAKTA YANG ADA. DENGAN INI, PENULISAN PENGAJIAN SAYA TIDAK AKAN DI RAGUI KEBENARANNYA.

KAEDAH PENYELIDIKAN PERPUSTAKAAN
SAYA JUGA TURUT MENGUNJUNGI PERPUSTAKAAN UNTUK MENJALANKAN PENYELIDIKAN SUMBER-SUMBER YANG ADA DI SITU. DENGAN PENYELIDIKAN SUMBER YANG PELBAGAI SEPERTI BUKU ILMIAH ,AKHBAR ,MAJALAH DAN SEBAGAINYA AKAN MENGUATKAN LAGI PENGAJIAN SAYA
KAEDAH MUAT TURUN INTERNET
SAYA TURUT MENGGUNAKAN KEMUDAHAN ICT YANG TERDAPAT DALAM NEGARA KITA DENGAN MELAYARI LAMAN SESAWANG TENTANG RUJUKAN YANG DIKAJI MALAH TURUT MEMUAT TURUN BAHAN YANG TERDAPAT SEBAGAI RUJUKAN.
KAEDAH AUDIO VISUAL
SAYA JUGA TURUT MENGGUNAKAN AUDIA VISUAL DENGAN MELIHAT RANCANGAN DI TELEVISYEN. DENGAN MAKLUMAT YANG DI PEROLEHI AKAN MEMANTAPKAN LAGI KAJIAN YANG SAYA LAKUKAN INI.









LATAR BELAKANG
Gelombang pertama seawal abad ke-20 menyaksikan pertukaran wacana penentangan terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata pena. Arus kebangkitan nasionalisme pada peringkat awal dipelopori oleh tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar abad ke-20. Antaranya, Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Al-Hadi, Sheik Muhammad Akil, Sheikh Awad Saidin dan Haji Abas Taha. Pelbagai akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain telah diterbitkan.
Kemunculan tokoh-tokoh agama ini diikuti pula oleh beberapa orang tokoh dari kalangan guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera seperti Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Harun Muhammad Amin, Abdul Hadi bin Hassan, Burhanuddin Al-Helmi dan Abdul Rahim Kajai. Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan beberapa buah parti politik dan persatuan yang ditubuhkan bagi melahirkan gerakan penentangan yang lebih bersepadu.


AKHBAR DAN MAJALAH

-Akhbar dan majalah merupakan media yang rapat dengan rakyat
-sesuai dijadikan saluran untuk melahirkan kesedaran kebangsaan
-melalui media idea tentang perjuangan kebangsaan dapat disalurkan untuk bacaan semua lapisan masyarakat






PERANAN AKHBAR DAN MAJALAH
tahun 1930-an akhbar Melayu mula menyuarakan isu sosial, kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu
akhbar berjaya menyemai semangat kebangsaan di kalangan masyarakat Melayu
melalui serua-seruan akhbar orang Melayu menubuhkan persatuan untuk merintis pergerakan lebih tersusun
antara peranan akhbar dalam membangkitkan semangat kebangsaan ialah;
- mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu
- menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan semangat kenegerian
- menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan
antara akhbar yang berpengaruh sebelum Perang Dunia II ialah Warta Malaya (1930-1941) di Singapura, Majlis (1931-1941) di Kuala Lumpur dan Utusan Melayu (1939-1941) diterbitkan di Singapura
akhbar-akhbar lain ialah;

- Lembaga Melayu (1914-1931) di Singapura
- Pengasuh (1918-1941) di Kota Bharu, Kelantan
- Majalah Guru (1924-1941) di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
- Al-Ikhwan (1926-1931) di Pulau Pinang
- Saudara (1928-1941) di Pulau Pinang
- Fajar Sarawak (1930) di Sarawak
a)    Akhbar Warta Malaya 
-        diterbitkan di Singapura
-        pengarang pertamanya ialah Dato’ Onn Jaafar
-        menyiarkan tentang keadaan sosioekonomi orang Melayu
-        mendesak orang Melayu diberikan lebih banyak jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan

b) Akhbar Majlis
-        diterbitkan di Kuala Lumpur
-        pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai
-        mendedahkan kelemahan dasar British yang mengancam kedudukan orang Melayu
-        dianggap akhbar yang berani

c) Akhbar Utusan Melayu
-        diterbitkan di Singapura
-        pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai
-        menggesa orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi dan menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air



Tokoh Akhbar Melayu

a)    Abdul Rahim Kajai
-        seorang nasionalis yang berjuang melalui bidang kewartawanan
-        digelar Bapa Kewartawanan Melayu
-        menjadi Ketua Pengarang akhbar yang berpengaruh pada zamannya seperti Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu



Kelahiran
Abdul Rahim Haji Salim
[1894]] - 
5 Disember 1943
Selangor
Meninggal dunia
5 Disember 1943 (umur 49)
Warganegara
Nama lain
Abdul Rahim Kajai
Pekerjaan
penulis
Terkenal kerana
Bapa Kewartawanan Melayu.
Agama
Ibu bapa
Haji Salim

KEGIATAN PERSURATAN DI KALANGAN ORANG CINA DAN INDIA
a)    Akhbar Orang Cina
-        orang Cina terbitkan akhbar sebelum Perang Dunia II
-        antaranya akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News
-        tahun 1881 akhbar Lat Pau diterbitkan
-        melaporkan tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina di Tanah Melayu
-        juga menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara China
-        terdapat juga akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh masyarakat Cina Peranakan (Baba dan Nyonya)
-        antaranya akhbar Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pra Pranakan
-        tahun 1884 akhbar Bintang Timor diterbitkan dan merupakan satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang berani melaporkan berita pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang
-        tahun 1930 diterbitkan akhbar Bintang Pranakan yang membicarakan hal ehwal masyarakat Cina peranakan yang menunjukkan taat setia kepada British sebagai pemerintah Tanah Melayu

b) Akhbar Orang India
-        diterbitkan akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasa
-        pada 24 September 1924 akhbar Tamil Nesan diterbitkan di Kuala Lumpur
-        melaporkan berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang India di Tanah Melayu
-        juga peristiwa yang berlaku di negara India
-        terdapat juga akhbar berbahasa Melayu diterbitkan oleh masyarakat Jawi Peranakan
-        antaranya Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri
-        tahun 1888 akhbar Sekola Melayu diterbitkan dan dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu









Kesedaran Kebangsaan Melalui Penulisan Kreatif
- semangat kebangsaan dibangkitkan melalui karya kreatif seperti puisi, novel dan cerpen
- karya kreatif menjadi saluran untuk menyuarakan perjuangan orang Melayu oleh golongan guru, penulis dan wartawan

Penulisan Puisi


    (i)        sebelum Perang Dunia II banyak puisi bertemakan semangat kebangsaan dan disiar dalam akhbar dan majalah
  (ii)        tujuan untuk menyuburkan perasaan cinta akan bangsa dan negara, menyeru rakyat merebut peluang ekonomi dan mempertahan maruah bangsa
 (iii)        antaranya:
-       puisi oleh Harun Aminurrashid seperti Tenaga Kaumku, Mempertahankan Hak Kita dan Perwira Melayu
-       Abdul Samad Ahmad menulis puisi Serunai Pujangga, Kapal Tiada Nakhoda dan Hari Kejatuhan Kita
-       Muhammad Yusuf Harun menulis puisi Dunia Yang Fana dan Di Lautan Seberang
-       puisi lainnya seperti Bangkitlah oleh Omar Mustaffa, Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang, Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi dan Di Tengah Segara oleh Muhammad Yasin Maamor



Penulisan Novel dan Cerpen

-  melaluinya kesedaran kebangsaan dapat disampaikan kepada masyarakat lebih berkesan
-        karya-karya sastera ini bertemakan semangat perjuangan, nasib bangsa dan semangat cintakan tanah air
-        tema ini menimbulkan kesedaran di kalangan orang Melayu
-        antara penulis cerpen yang terkenal ialah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan Shamsuddin Salleh
-        cerpen yang terkenal seperti Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai, Rumah Besar Tiang Sebatang oleh Ishak Haji Muhammad, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan Siasat Yang Tiada Diminta oleh Shamsuddin Salleh
-        manakala novel pula seperti Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi, Iakah Salmah? Oleh Ahmad Rashid Talu, Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminnurrashid, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad, Mari Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek dan Melati Kota Bahru oleh Abdul Kadir Adabi

PERSOALAN KAJIAN
Melalui kajian ini saya dapat mencipta persoalan :
-Apakah fungsi akhbar dan majalah
-Apakah factor factor perkembangan akhbar dan majalah
-Apakah kesan akhbar dan majalah
-Apakah sumbangan akhbar dan majalah terhadap rakyat
-Bagaimana wujudnya akhbar dan majalah terbentuk

METADOLOGI

ANTARA METADOLOGI YANG SAYA GUNAKAN DALAM MENJALANKAN KAJIAN INI IALAH DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MENCARI , MENGUMPUL , DAN BERTANYA KEPADA ORANG UNTUK MENDENGAR PENDAPAT DAN ULASAN YANG LEBIH LANJUT TENTANG PERANAN AKHBAR DAN MAJALAH INI. SELAIN ITU SAYA MENCARI MAKLUMAT DAN RUJUKAN DI MEDIA MEDIA SOSIAL SEPERTI GOOGLE , WIKIPEDIA , YOU TUBE , DAN BLOG BLOG. SETERUSNYA SAYA MENCARI MAKLUMAT YANG BERASASKAN BUKU BUKU RUJUKAN DI PERPUSTAKAAN. DI SAMPING ITU SAYA JUGA SEMPAT BERKONGSI PENDAPAT KEPADA RAKAN RAKAN SAYA BERBINCANG TENTANG AKHBAR DAN MAJALAH INI.OLEH ITU UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH LANJUT SAYA JUGA BERKUNJUNG KE MUZIUM MUZIUM YANG BERHAMPIRAN DENGAN TEMPAT KEDIAMAN SAYA DI MANA SAYA MENDAPATI TERDAPAT BANYAK BAHAN RUJUKAN DAN KOLEKSI ATAU PAMERAN , DENGAN INI SAYA LEBIH BERSEMANGAT UNTUK MENDALAMI TENTANG SEJARAH NEGARA. MELALUI KERJA KURSUS INI , SAYA JUGA TELAH MEMPEROLEHI MAKLUMAT DI MEDIA MEDIA MASSA , DI CORONG CORONG RADIO , DAN ARTIFAK ARTIFAK SEJARAH.


LAMPIRAN









KEPENTINGAN KAJIAN

ANTARA KEPENTINGAN KAJIAN YANG SAYA DAPATI DALAM MENJALAN KERJA KURSUS INI IALAH SAYA TELAH MEMPEROLEH BANYAK PENGETAHUAN DAN ILMU ILMU TENTANG AKHBAR DAN MAJALAH INI. SAMBIL MEMBUAT KAJIAN, ILMU PENGETAHUAN SAYA TERHADAP AKHBAR DAN MAJALAH DI PEROLEHI MELALUI KAJIAN INI DI MANA BANYAK BAHAN RUJUKAN YANG SAYA RUJUKI  UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TERMASUKLAH BAHAN BAHAN BACAAN. SELAIN ITU, DALAM MENJALANKAN KERJA KURSUS INI, SAYA TELAH MELUANGKAN BANYAK MASA DENGAN MENTELAAH BAHAN BAHAN RUJUKAN DAN BACAAN DARIPADA MEMBUANG MASA MELAKUKAN AKTIVITI AKTIVITI YANG TIADA FAEDAHNYA.DI SAMPING ITU, PERBINCANGAN DAN PERJUMPAAN TELAH SAYA LAKUKAN BERSAMA RAKAN RAKAN DAN KENALAN SAYA UNTUK MEMUDAHKAN SESI PERKONGSIAAN PENDAPAT DAN IDEA BAGI TUJUAN MEMUDAHKAN DAN MERINGKASKAN KERJA DALAM PENYUSUNAN MAKLUMAT DAN PENGHASILAN KERJA KURSUS INI. OLEH ITU, MASA YANG SAYA LUANGKAN TIDAK LAH DI BAZIRKAN APABILA MEMPELAJARI ILMU YANG BARU BAGI SAYA, JUSTERU ITU,SAYA BERPUAS HATI DENGAN HASIL YANG TELAH SAYA LAKUKAN INI WALAUPUN DI BERIKAN MASA YANG SINGKAT.










RUMUSAN

Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami lebih dalam tentang kepentingan akhbar dan majalah bagi menuntut kemerdekaan. Hasilnya, saya lebih peka dan menghargai setiap terbitan akhbar dan majalah di Negara ini kerana ia mempunyai mesej dan maklumat yang ingin di sampaikan kepada rakyat.
Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan masyarakat yang saling tolong menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat.
Akhir sekali, setiap coretan akhbar dan majalah yang di terbitkan mempunyai pelbagai mesej yang ingin di sampaikan. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu peka dan menanam sifat membaca kerana sejauh mana pun perkembangan teknologi masa kini akhbar dan majalah salah satu medium utama bagi penyampaian dan penyebaran maklumat yamg sahih.
"MEREKA YANG MELUPAKAN SEJARAH PASTI AKAN MENGULANGINYA"



















LIMITASI KAJIAN
LIMITASI KAJIAN IAITU PERANAN AKHBAR DAN MAJALAH
DI SEDIAKAN DENGAN JADUAL MASA YANG DI TETAPKAN
TEMPAT TERTENTU:
KAJIAN INI HANYA DILAKUKAN DI TEMPAT TERTENTU SAHAJA. SEPERTI, PERPUSTAKAAN , MUZIUM, DAN RUJUKAN BUKU SERTA LAMAN SOSIAL DAN SESAWANG
TUJUAN MENGKAJI PERANAN AKHBAR DAN MAJALAH
KAJIAN TERFOKUS:
KAJIAN INI TERTUMPU KEPADA AKHBAR DAN MAJALAH
MEMUDAHKAN PENYELIDIK& PENYELIA MENELITI:
KAJIAN INI DAPAT MEMUDAHKAN PENYELIDIK DAN PENYELIA MENELITI SETIAP ISI-ISI YANG DIBERI.
TIDAK MENIMBULKAN PERSOALAN KEPADA PENYELIA/PEMBACA:
KAJIAN INI DAPAT MENIMBULKAN PERSOALAN KEPADA PENYELIA/PEMBACA APABILA MEREKA MEMBACA KAJIAN INI.














BORANG SOAL SELIDIK.


Umur :                                                                         Jantina:
Pekerjaan:
Bahagian A :sila tandakan (√ ) dalam kotak berdasarkan skala yang telah disediakan di bawah.
1. Sangat setuju
2. Setuju
3. Memuaskan
4. Tidaksetuju
5. Sangat tidak setuju

BIL
SOALAN
SKALA
1
2
3
4
5
1
AKHBAR DAN MAJALAH MERUPAKAN MEDIUM PENYAMPAIAN MAKLUMAT
2
SELAIAN MEDIA MASSA DAN LAMAN SOSIAL AKHBAR DAN MAJALAH JUGA SANGAT BERGUNA
3
AKHBAR DAN MAJALAH MERUPAKAN SALURAN MESEJ ATAU BERITA SECARA PENULISAN
4
AKHBAR DAN MAJALAH JUGA MERUPAKAKAN TEMPAT UNTUK MELAUNGKAN KATA KATA PENDAPAT DAN IDEA
5
AKHBAR DAN MAJALAH SERING DI KAITKAN DENGAN KATA KATA PENULISAN YANG MENAIKKAN SEMANGAT
6
TIADA PENGHALANG BAGI SETIAP BUDAYA DAN BANGSA KERANA IA BERBAHASA MELAYU
7
AKHBAR DAN MAJALAH JUGA MENYUMBANG KEPADA MINAT MEMBACA
8
GAMBAR JUGA MEMAINKAN PERANAN BAGI PEMBACA TIDAK BERASA BOSAN
9
LANGKAH UTAMA BAGI MENYAMPAIKAN MAKLUMAT PADA MASA DAHULU

No comments:

Post a Comment